Modal RM600 Berjaya Dalam Bidang Hartanah

Siapa kata seseorang yang bergaji atau berpendapatan rendah tidak mampu untuk terlibat dalam perniagaan Hartanah. Jika ada kemahuan, pasti ada jalan yang terbentang depan mata. Pastinya ada sedikit  pengorbanan untuk mencapai hasrat tersebut.

Disini saya nak kongsikan tips yang nampak sukar tapi boleh dikatakan mudah, dari seorang wanita biasa, yang juga tidak mempunyai latar pendidikan yang cemerlang seperti kawan-kawannya. Nama beliau adalah Pn. Rosmawati atau panggilan mesra kak Ros. Seorang usahawan yang pada dahulunya seorang pekerja biasa dan segalanya bermula pada akhir tahun 1998.

Pada waktu itu beliau mula memikirkan bagaimana caranya beliau dapat merubah keadaan keluarganya dan keluar dari tradisi kemiskinan. Beliau bekerja sebagai pembantu tadika yang berpendapatan RM600 setiap bulan. Waktu itu keadaan keluarga amat sukar dan ini menuntut kak ros mula berdikari dan mula menabung.

Bagaimana kak ros menabung? Mungkin ramai diantara kita yang menabung dari duit lebihan, tetapi kak ros menabung dari wang usaha kerasnya. Beliau tahu untuk berjaya beliau perlukan satu pengorbanan. Beliau mula merancang untuk memulakan bisnes kecil-kecilan. Apa bisnes kak Ros? saya tidak diberi maklumat tentangnya. Dari apa yang ditulis oleh beliau, perniagaan itu mampu memberi keuntungan sebanyak RM17.50 sen sehari. Dari keuntungan perniagaannya itu, beliau terus simpan tanpa diusik langsung.

Setiap hari beliau dapat melihat duitnya makin berganda. Jika dikira-kira jumlah tabungannya beliau dapat menyimpan RM17.50 x 30 hari = RM525.00 sebulan. Didalam setahun beliau dapat mengumpul RM6’300.00 ringgit. Didalam 5 tahun beliau dapat mengumpul RM6’300.00 x 5 tahun = 31’500.00 ringgit. Setelah itu barulah beliau mula mencari-cari peluang pelaburan yang dirasakan berbaloi.

Dari pandangan beliau hanya hartanah sahaja mampu menggandakan wangnya didalam masa yang singkat. Tetapi ada satu masalah pula, dengan wang sebanyak itu apakah hartanah yang dapat dibelinya? Akhirnya beliau dapat tawaran istimewa untuk membeli tanah lot yang berharga RM30,000 dengan keluasan 5’000 kaki persegi.

Pada awalnya beliau hanya membeli tanpa melakukan apa-apa. Setelah beberapa lama merancang perniagaan yang sesuai, akhirnya tanah jenis pertanian itu telah diusahakan untuk penternakkan kambing. Dengan tekat kesungguhan beliau, tanah yang dibelinya itu mampu menternak hampir 200 ekor kambing yang sedia untuk dijual. Sejarah manis bagi beliau apabila sebanyak 70 ekor kambingnya dijual untuk hari raya korban.

Dari maklumat yang diberi, setiap ekor kambing dijual dengan harga RM800.00 x 70 ekor = RM56’000.00. Keuntungan yang sebanyak itu telah membuka lebih banyak peluang pada beliau dan keluarga. Setelah 2 setengah tahun mengusahakan ternakkan kambing. Datang seorang usahawan dari Kuala lumpur yang ingin membeli perniagaannya. Beliau ditawarkan RM500,000 untuk menjual segala bisnes ternakkannya itu, pada mulanya agak sukar membuat keputusan, tetapi setelah difikirkan kembali dengan pendapat ahli keluarga. Beliau telah menjual perniagaannya itu dengan harga yang dipersetujui.

Jadi mulalah kak Ros dengan wang sebanyak itu membeli beberapa lagi tanah yang murah-murah dan dipecah-pecahkanya. Setelah itu jual pada mereka yang ingin membelinya didalam bentuk plot. Dengan teknik seperti ini beliau kini telah mengumpul aset bernilai RM6 juta dan didalam bentuk tanah dan 3.2 juta lagi didalam bentuk hartanah seperti komersial dan rumah yang kebanyakkannya disewa.

Segala penat lelahnya kini telah berbaloi, Katanya kadang-kadang teringat masa mula-mula melabur dahulu. Rindu rasanya untuk mengeluarkan peluh seperi dulu. Walaupun kejayaannya tidak lah sehebat orang lain, tetapi kegigihan dan semangat untuk terus berusaha itu harus diteladani.

Bermimpi biar indah dan besar, Kejayaan juga datang dari mimpi dan impian, tambahkan dengan usaha dan pengorbanan. "Alang-alang hidup, biar rasa indahnya sakit & sedap".

sumber blogbisu

Cara Block / Ban Notifikasi Game Di Facebook

Antara perkara yang tidak begitu digemari apabila melayari facebook ialah apabila mendapat notification berkenaan game. Agak sukar untuk memaklumkan setiap orang yang menggunakan aplikasi game ini kerana biasanya ianya akan dipost secara automatik. Malahan ianya seakan tidak berhenti apabila ada sahaja game baru yang muncul.
Terdapat cara yang mudah untuk ban / block daripada menerima jemputan untuk bermain game. Ianya akan menyekat segala yang berkaitan dengan game yang anda block dan semestinya hidup anda lebih tenteram. :)

Untuk block notification game dari facebook, ikuti 4 langkah mudah ini.

1. Pada paparan utama, klik pada sebelah kanan-atas,

2. Satu list akan keluar kemudian klik pada 'Setting'.

(RESEPI) AYAM MASAK PERCIK

Ayam kalau dimasak apa pun mesti sedap punya.. selain ikan ayam adalah kegemaran rakyat malaysia.. ini kali kita cuba resepi "Percik" pulak.

Bahan-bahan Yang Diperlukan:
– 5 ketul Peha Ayam penuh (agak berat dlm 250gm setiap satu).
Bahan-bahan Perap Ayam – kisar atau tumbuk halus dan di tumis:
– 5 ulas bawang putih.
– 1 inci halia.
– 2 btg serai dihiris.
– 1 inci kunyit hidup.
– 1 sudu kecil serbuk jintan manis.
– 1 sudu besar serbuk ketumbar.
– Garam secukup rasa.
Bahan-bahan untuk jadikan kuah Percik:
– 7-10 ulas bawang merah (kecil). *kisar dan Tumis.
– 3 ulas bawang putih.*Kisar dan Tumis.
– 2 sudu besar cili kisar.*Kisar dan Tumis.
– 10 biji buah keras dihiris.*Kisar dan Tumis.

(RESEPI) KUIH TALAM BERLAUK ENAKNYA...

BAHAN-BAHAN:
Bahan A:
240gm tepung beras
2 sudu makan tepung ubi kayu
2 sudu makan tepung gandum
1.5 liter santan
Garam secukup rasa

Bahan B:
30gm udang kering
1 tangkai cili merah (di cincang)
1 tangkai daun sup (diracik)

(RESEPI) KOLEH KACANG HIJAU

Kuih Kole Kacang adalah antara kuih kesukaan saya semasa zaman sekolah dahulu. dek kerna rasa lemak santan bercampur kacang hijau. asalnya memang saya suka kacang hijau, tidak kisah pun jika kacang hijau tu dibuat apa jenis makanan pun seperti Pau Kacang Hijau, Putu Kacang Hijau dll.




BAHAN-BAHAN
500gm tepung kacang hijau
500ml santan pekat
1.5 liter air
Secubit garam

BAHAN AIR GULA:
350gm gula merah
150gm gula pasir
400ml air

Konsep Rak Buku + Kerusi Kayu Urban

Ruang bilik semakin sempit, Buku bersepah-sepah tak tahu nak letak dimana, Malas nak capai buku jauh sangat letaknya. Ok sini kami tampilkan design Rak Buku + Kerusi yang direka oleh Mani Mani dan tersenarai didalam Toronto International Design Show 2008.
Reka bentuk yang kreatif dari Mani Mani hasil dari ideologi ruang pelbagai fungsi dalam kehidupan serba urban hari ini.


Workspace Yang Super Inspirasi

Bagi yang agak kurang sifat workaholic pastinya timbul masalah cepat stress dengan kerja korang. Ya betul! salah satu punca tekanan berpunca dari ruang persekitaran kita yang kurang merangsangkan diri kita. Bagi yang empunya masalah sepertti yang dinyatakan, korang boleh cuba ubah kedudukan ruang kerja korang lebih kepada "attractive" dan selesa. Entri ini sedikit sebanyak dapat bantu korang selesaikan masalah 'Malas' korang tu. (Scroll down untuk buatkan jiwa korang terangsang)

monday- worked hard Show me your workspace

Belajar

Assalamualaikum.

Belajar..  Belajar..  Belajar..
Dalam ungkapan lain mencari ilmu, mencuba sesuatu y baru, memahami sesuatu perkara tertentu. banyak lagi yang kita boleh ungkapkan. Belajar membaca, belajar mengira, belajar menerima hakikat, belajar mencari rezeki, belajar tingkatkan kemahiran, belajar untuk mempersiapkan diri menghadap yang maha Esa.

Jika sedang kita duduk didalam sebuah kelas/kuliah, lalu apa y terlintas di fikiran kita apa yang sedang kita lakukan? pasti anda sudah dapatkan jawapannya bukan. Tahukah anda sebagai dan untuk apa anda berada di dalam sesuatu kelas/kuliah itu. dan pastinya anda sudah ada jawapanya. Dan persoalan yang terakhir sekali, BAGAIMANA anda menerima dan meresap apa yang guru anda sampaikan kepada anda. Adakah anda ada jawapannya?

Baiklah, mari saya terus lompat kepada topik yang saya ingin ketengahkan pada entri ini.

Sedarkah kita dalam tidak kita sedari, kebanyakan adik2 kita, even kita juga yang hadir ke sekolah tidak jelas dengan tindakannya dan apa tujuannya mereka ke sekolah. Ada yang beranggapan pergi sekolah hanya kerana lumrah kehidupan sahaja, ada juga yang berfikir sekolah adalah suatu tempat untuk berkumpul dan berjumpa rakan dan teman. Seolah2 mereka tidak jelas dengan tujuan dan misi mereka sebagai pelajar. Dan apakah ini tidak diperjelaskan kepada mereka. Tak juga.

Saya ketengahkan ini bukan kerana kesemua pelajar menunjukkan sikap y sama, tetapi yang menjadi persoalan dalam diri saya ialah MENGAPA perkara ini terjadi?

Persoalan ini saya akan tinggalkan dengan sekadar persoalan. sometime masa dapat memberi jawapan dan kemudian hari kita sambung lagi berkenaan topik ini. tq

*sambil awak2 semua carilah jawapan bagi soalan ini, kat mana nak cari? pandanglah dunia dan carilah daripada hati. :)

Resepi Papadom

Kruk Krak Kruk Krak.. Perut berbunyi keroncong pulak malam2 camni, tiba2 rasa nak makan nasi kandar la pulak. Kalau la dapat order nasi Vanggey sekarang ni mesti licin. and teringin nak makan papadum la pulak.adoi hai, time malam2 macam ni la perut aku nak demand. Tak pe esok insyaallah ada masa lagi, mesti aku cari punya la nasi kandar and papadum tu.


Dan tetiba pulak aku terjumpa resepi buat papadum ni. kalau nak harap aku buat memang xjadi la agaknya kan. Tapi apa kata korang cuba buat papadom guna resepi ni. Ok jom mula!



Resepi Papadom yang Perlu Korang Ada.
  • 500gm kacang tosai, ditepungkan atau beli terus tepung kacang tosai.
  • 1/2 sudu kecil (tsp) jintan putih.
  • 1/2 sudu kecil rempah ajoiwan (baunya seperti rempah barat tyme) dan lebih kurang bentuk jintan manis. Kalau tak dapat cari gunakan jeera (jintan putih jenis panjang).
  • 1/4 sudu kecil baking powder.
  • garam ikut rasa sendiri.
Cara Membuatnya:
1. Adunkan semua bahan-bahan diatas dalam sebuah bekas.
2. Buatkan doh yang agak keras dengan tambahkan sedikit air. Kita kena kurangkan air seberapa yang boleh untuk papadom cepat kering.
3. Selepas buat doh, tutup  bekas doh tersebut dan biarkan doh didalamnya selama 2 jam.
4. Selepas dua jam, masukkan sedikit minyak masak dan lenyekan(tumbuk)  dengan anak batu lesong sehingga doh yang agak keras tadi akan menjadi lembut.
5. Jadikan bebola  kecil untuk dileperkan seperti roti capati dan saiz mengikut saiz yang anda yang di kehendaki.  jangan tebal seperti capati pulak. Agak ketebalan seperti papadam yang kita beli dikedai sebelum digoreng.Tebal seperti keropok senang cerita.
6. sekira semasa leperkan, doh melekat boleh gunakan sedikit miyak dan sapu bekas peleper.
7. Kepingan papadom yang terhasil perlu dikeringkan di panas cahaya matahari selama dua hari (pastikan dua hari). Jangan keringkan sangat nanti papadom anda boleh retak. Anda boleh gunakan berbagai cara. Mustahak nya doh. Kalau tak reti naka lenyek bulat , lenyek guna acuan atau boleh potong empat segi seperti papadom malaysia.

So, resepi sudah ada tinggal hati, niat dan badan je yang perlu digerakkan. Barulah hasilnya menjadi. kan kan.hehe. Dan perlu diingatkan dalam bab2 belajar sesuatu perkara ni perlu adanya praktikal y kerap untuk jadikan ianya efektif. Moga berjaya dan berbahagia :)


sumber : balannambiar

Share Like

Suka entri ini.?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...