Kuih Kole Kacang adalah antara kuih kesukaan saya semasa zaman sekolah dahulu. dek kerna rasa lemak santan bercampur kacang hijau. asalnya memang saya suka kacang hijau, tidak kisah pun jika kacang hijau tu dibuat apa jenis makanan pun seperti Pau Kacang Hijau, Putu Kacang Hijau dll.
BAHAN-BAHAN
500gm
tepung kacang hijau
500ml
santan pekat
1.5
liter air
Secubit
garam
BAHAN
AIR GULA:
350gm
gula merah
150gm
gula pasir
BAHAN
TAHI MINYAK:
500ml
santan pekat
CARA
MEMASAK:
1.
Untuk bahan air gula, didihkan dengan api
sederhana sehingga menjadi pekat. Tapis.
2.
Kemudian masukkan santan pekat, air dan garam.
Masak lagi sehingga mendidih. Tutup api dan sejukkan.
3.
Apabila adunan sudah sejuk atau suam-suam
kuku, masukkan tepung kacang hijau sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
4.
Setelah itu didihkan semula adunan dan masak
perlahan-lahan sehingga menjadi pekat.
5.
Sudu adunan ke dalam loyang dan sejukkan.
6.
Untuk tahi minyak, didihkan santan di atas api
perlahan sehingga mengeluarkan minyak kepala.
7.
Akhir sekali, taburkan tahi minyak pada koleh
yang telah dipotong. Sedia dinikmati.
Info Chef
: Koleh kacang ini amat enak dinikmati bersama tahi minyak. Gabungan keduanya
mencipta rasa yang lebih berlemak.