(RESEPI) KOLEH KACANG HIJAU

Kuih Kole Kacang adalah antara kuih kesukaan saya semasa zaman sekolah dahulu. dek kerna rasa lemak santan bercampur kacang hijau. asalnya memang saya suka kacang hijau, tidak kisah pun jika kacang hijau tu dibuat apa jenis makanan pun seperti Pau Kacang Hijau, Putu Kacang Hijau dll.




BAHAN-BAHAN
500gm tepung kacang hijau
500ml santan pekat
1.5 liter air
Secubit garam

BAHAN AIR GULA:
350gm gula merah
150gm gula pasir
400ml air

BAHAN TAHI MINYAK:
500ml santan pekat

CARA MEMASAK:
1.       Untuk bahan air gula, didihkan dengan api sederhana sehingga menjadi pekat. Tapis.
2.       Kemudian masukkan santan pekat, air dan garam. Masak lagi sehingga mendidih. Tutup api dan sejukkan.
3.       Apabila adunan sudah sejuk atau suam-suam kuku, masukkan tepung kacang hijau sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
4.       Setelah itu didihkan semula adunan dan masak perlahan-lahan sehingga menjadi pekat.
5.       Sudu adunan ke dalam loyang dan sejukkan.
6.       Untuk tahi minyak, didihkan santan di atas api perlahan sehingga mengeluarkan minyak kepala.
7.       Akhir sekali, taburkan tahi minyak pada koleh yang telah dipotong. Sedia dinikmati.


Info Chef : Koleh kacang ini amat enak dinikmati bersama tahi minyak. Gabungan keduanya mencipta rasa yang lebih berlemak.

Share Like

Suka entri ini.?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...