Memaparkan catatan dengan label makanan minuman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makanan minuman. Papar semua catatan

(RESEPI) AYAM MASAK PERCIK

Ayam kalau dimasak apa pun mesti sedap punya.. selain ikan ayam adalah kegemaran rakyat malaysia.. ini kali kita cuba resepi "Percik" pulak.

Bahan-bahan Yang Diperlukan:
– 5 ketul Peha Ayam penuh (agak berat dlm 250gm setiap satu).
Bahan-bahan Perap Ayam – kisar atau tumbuk halus dan di tumis:
– 5 ulas bawang putih.
– 1 inci halia.
– 2 btg serai dihiris.
– 1 inci kunyit hidup.
– 1 sudu kecil serbuk jintan manis.
– 1 sudu besar serbuk ketumbar.
– Garam secukup rasa.
Bahan-bahan untuk jadikan kuah Percik:
– 7-10 ulas bawang merah (kecil). *kisar dan Tumis.
– 3 ulas bawang putih.*Kisar dan Tumis.
– 2 sudu besar cili kisar.*Kisar dan Tumis.
– 10 biji buah keras dihiris.*Kisar dan Tumis.

(RESEPI) KUIH TALAM BERLAUK ENAKNYA...

BAHAN-BAHAN:
Bahan A:
240gm tepung beras
2 sudu makan tepung ubi kayu
2 sudu makan tepung gandum
1.5 liter santan
Garam secukup rasa

Bahan B:
30gm udang kering
1 tangkai cili merah (di cincang)
1 tangkai daun sup (diracik)

(RESEPI) KOLEH KACANG HIJAU

Kuih Kole Kacang adalah antara kuih kesukaan saya semasa zaman sekolah dahulu. dek kerna rasa lemak santan bercampur kacang hijau. asalnya memang saya suka kacang hijau, tidak kisah pun jika kacang hijau tu dibuat apa jenis makanan pun seperti Pau Kacang Hijau, Putu Kacang Hijau dll.




BAHAN-BAHAN
500gm tepung kacang hijau
500ml santan pekat
1.5 liter air
Secubit garam

BAHAN AIR GULA:
350gm gula merah
150gm gula pasir
400ml air

Resepi Papadom

Kruk Krak Kruk Krak.. Perut berbunyi keroncong pulak malam2 camni, tiba2 rasa nak makan nasi kandar la pulak. Kalau la dapat order nasi Vanggey sekarang ni mesti licin. and teringin nak makan papadum la pulak.adoi hai, time malam2 macam ni la perut aku nak demand. Tak pe esok insyaallah ada masa lagi, mesti aku cari punya la nasi kandar and papadum tu.


Dan tetiba pulak aku terjumpa resepi buat papadum ni. kalau nak harap aku buat memang xjadi la agaknya kan. Tapi apa kata korang cuba buat papadom guna resepi ni. Ok jom mula!



Resepi Papadom yang Perlu Korang Ada.
  • 500gm kacang tosai, ditepungkan atau beli terus tepung kacang tosai.
  • 1/2 sudu kecil (tsp) jintan putih.
  • 1/2 sudu kecil rempah ajoiwan (baunya seperti rempah barat tyme) dan lebih kurang bentuk jintan manis. Kalau tak dapat cari gunakan jeera (jintan putih jenis panjang).
  • 1/4 sudu kecil baking powder.
  • garam ikut rasa sendiri.
Cara Membuatnya:
1. Adunkan semua bahan-bahan diatas dalam sebuah bekas.
2. Buatkan doh yang agak keras dengan tambahkan sedikit air. Kita kena kurangkan air seberapa yang boleh untuk papadom cepat kering.
3. Selepas buat doh, tutup  bekas doh tersebut dan biarkan doh didalamnya selama 2 jam.
4. Selepas dua jam, masukkan sedikit minyak masak dan lenyekan(tumbuk)  dengan anak batu lesong sehingga doh yang agak keras tadi akan menjadi lembut.
5. Jadikan bebola  kecil untuk dileperkan seperti roti capati dan saiz mengikut saiz yang anda yang di kehendaki.  jangan tebal seperti capati pulak. Agak ketebalan seperti papadam yang kita beli dikedai sebelum digoreng.Tebal seperti keropok senang cerita.
6. sekira semasa leperkan, doh melekat boleh gunakan sedikit miyak dan sapu bekas peleper.
7. Kepingan papadom yang terhasil perlu dikeringkan di panas cahaya matahari selama dua hari (pastikan dua hari). Jangan keringkan sangat nanti papadom anda boleh retak. Anda boleh gunakan berbagai cara. Mustahak nya doh. Kalau tak reti naka lenyek bulat , lenyek guna acuan atau boleh potong empat segi seperti papadom malaysia.

So, resepi sudah ada tinggal hati, niat dan badan je yang perlu digerakkan. Barulah hasilnya menjadi. kan kan.hehe. Dan perlu diingatkan dalam bab2 belajar sesuatu perkara ni perlu adanya praktikal y kerap untuk jadikan ianya efektif. Moga berjaya dan berbahagia :)


sumber : balannambiar

Share Like

Suka entri ini.?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...